May 16, 2011

A LOVE LETTER TO YOU GUYS

10.45 PM.

SURAT CINTA UNTUK RAKAN2.


berapa kali perluku ulang?
AKU SAYANG KAUORANG TAHAP MELAMPAU tahu?


bila flashback je, teringat zaman dulu-dulu. first time jumpa, cakap pun malu-malu je. bila lama-lama kenal. subhanAllah. satu kepala sampai kesudah. time tu macam bodoh-bodoh je kan. buat yahoo account pun sama-sama. password pun kasi tahu sama kau. hahaha sakai betul perangai. ada tu, geng korek rahsia orang, geng minat korea, ada geng suka ngusik orang, ada geng suka karaoke, ada geng suka usha artis ataupun usha mamat2 hot sama-sama, ada gak geng meluahkan perasaan, ada gak geng sehidup semati, geng tengok online movie sama2. haaaa semua geng aku join. setiap geng mesti ada yang buat aku gelak guling2. dan, memang setiap orang ada keistimewaan masing-masing yang akan aku ingat sampai bila-bila pun. thank you to each and everyone of you for the unforgettable moments. keep that in mind forever.
sepanjang berkenalan dengan kauorang semua, kauorang buat aku menderita sebenarnya. menderita sebab gelak banyak. menderita sebab kauorang taknak share masalah dengan aku walaupun kauorang selalu je free dengar masalah aku. itu memang bikin marah. you've made me suffer.
tapi apa yang aku merepek kat atas tuuu, hanyalah luahan perasaan. alaa sikit je. banyak lagi terpendam ni. tujuan tulis surat cinta kat kauorang semua ni, sebab semua sedia maklum, ada yg nak gerak hari jumaat nie or isnin depan, senang cerita, memang minggu ni last lah kan nak bermanja-manja dengan family and friends.

semua ambil haluan masing-masing starting monday next week. sorang tercampak sana, sorang kat situ, terpisah. tak kurang yg further overseas. (congrats!! :D) memang rindu lah kat kerenah setiap seorang dari kamu-kamu yang sedang membaca piece of junk ini. Aku ingat jasa-jasa setiap dari kamu sekalian, with god willing. Ingat segala masa, tenaga, yang telah kauorang habiskan ke atas aku. Meeting you was fate. Everything happens for a reason, (can you relate that to the topic? , heheh.) oh oh by the way, kalau jumpa, terserempak mana-mana, jangan lupa tegur. Tukar number bagitahu. Paling penting, jangan lupa diri, sombong bongkak bila dah berjaya, Jangan Kereksss okay. Aku tak mintak korang ingat aku pun, dah cukup bagi aku tengok kauorang bahagia dengan hidup masing-masing cuma sedih sikit la orang tak ingat kita annn. Hmmm, maybe takda rezeki lagi nak jumpa kauorang sekarang, ada masa nanti reunion yeee. Target lagi 10 tahun ah. ke tahun 2020 ke. heheh time tu mesti ada yang dah kahwin, tak kurang yg dah beranak? fuhh cepat gila kahwin and beranak. hahah. Time tu semua bajet dah cukup, duit dah banyak, so buat reunion kat 5 star hotel. woohoo berangan je lebih. oh oh, time tu ada yg Dr. , Ir , macam2 lah. [yelaa kita merancang, yang lain, Allah tentukan.] :) goodluckyoucrazypeople, I wish you every happiness , every success, and good luck out there. Make the best out of it. I'll see ya when I see ya. We rock the world bebeh *ghocksign*

LOveyoucrazypeople.loveyousweartoGod.

-salwa-

No comments:

Post a Comment