November 30, 2011

wahai lelaki

p.s:  aku nak siapa2 lelaki yg baca entry ni, buka minda seketika.. and please jangan terasa whatsoever ok. ni pendapat aku je :)

aku respect lelaki sepertimana kaum lelaki patut dihormati, dan selepas seorang wanita berkahwin, syurga dibawah tapak kaki suaminya. lelaki=khalifah=pemimpin. Pemimpin dari segala segi. 
aku bangga, kagum, admire, bersyukur kalau setiap lelaki mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin dengan baik, dia tahu tugas dia apa. And aku percaya apa yang aku rasa, masih ramai lelaki kat luar sana faham apa erti menjadi seorang pemimpin (aku tak nak elaborate lebih masukkan skali elemen agama, sbb aku tak berapa arif, takut tersilap). Aku faham, setiap manusia tak sempurna, kita bukan hidup untuk mencari kesempurnaan, hidup untuk mencari redha Allah. So, sempurna bukanlah sifat yang bersesuaian dengan  manusia. Bermaksud, manusia buat kesilapan. Tapi, macam2 cara untuk kurangkan kesilapan berlaku. Aku taknak cakap panjang, semua dah besar, boleh fikir sendiri.

Isu kat sini yg aku nak elaborate, lelaki=khalifah=pemimpin. Apa pemimpin patut buat? (taknak cakap banyak macam kecoh je aku tp please rujuk balik orang yg arif dlm bidang agama, syariah etc.), korang lelaki sememangnya tahu. please ikut guideline syariah, mesti takkan terpesong/buat benda yang merosakkan.

Isu ni dibangkitkan sebab, yelaa ada orang trigger kan. Dah nama pemimpin, so seharusnya dia memimpin. Memimpin diri sendiri, isteri, keluarga, masyarakat, etc. . situasi sekarang, aku nampak kat FB, NAK BERUBAH DEMI AWEK. sungguh laaaa ramai. macam dah tak berapa nak logik. yelaa aku bukan nak menyebuk ke apa, tapi, relevannya, apehal nak berubah demi dia? niat pun kena betul ok. sepatutnya, kau berubah sebab kau nak pimpin dia. bukannya, perempuan tu yang memimpin kau, dia hanya menolong sahaja kau berubah. so, kau niat kena betul, bukan DEMI si dia.. iyeeee, perempuan perlukan bimbingan walau apaaaa sekalipun, walau hebat mana pun seorang perempuan itu. tetap seorang perempuan. JANGAN salahguna kuasa okay. faham2kan lah, kenapa lelaki dijadikan seorang pemimpin. aku tak cakap sebab korang sendiri tahu kan? please la, aku tak larat nak tengok la benda2 kat depan aku ni. memang sangat tidak berguna lah aku kpd masyarakat kalau tak mengingatkan tanggungjawab ahli masyarakat yg lain. BUKAN NAK MENYIBUK HAL ORANG, so, kat sini, aku dah mengingatkan korang. tanggungjawab aku untuk ingatkan yang lain, aku dah buat. so jangan cakap aku tak ingatkan korang kat akhirat nanti. please lagi sekali, berfikir lah dengan matang.  tanggungjawab, akan dipersoalkan kat akhirat nanti wahai lelaki, terutama tanggungjawab terhadap perempuan. ibu, isteri, anak perempuan, adik2 perempuan. banyak okay. perempuan2 yang kat luar sana bakal isteri, perlukan bimbingan korang, so kena ready lah kan nak pikul tanggungjawab tu.

daripada kecik (tadika,sekolah rendah) aku tengok, lelaki ni memang sangat suka bermain. main main main main main main main, takda kerja lain. budak perempuan pun main gak, tapi lelaki bukan setakat main, mengusik, menyakat semua kerja dia. tapi tu time kecik, aku tak kisah, memang fasa hidup budak2 macam tu.  lagipun, belum baligh lagi kan. 
Tapi masuk sekolah menengah, aduuiiiiiiii, sama jugak. lepas dah baligh pun, macam tu jugak, main main main mengusik menyakat bergurau enjoy. sepatutnya dah boleh fikir dah tentang masa depan, dah boleh target dah apa yg dia nak. boleh fikir baik buruk. TAK SALAH nak bergurau enjoy semua tu, tapi ikut tempat, ikut masa, ada limit. bukan SEPANJANG MASA smpai umur 30 pun macam tu lagi dok kacau2 anak dara orang, tak tentu hala je. please ah. kesiankan lah perempuan, nak cari calon suami, susah dowh sekarang. heh. dah la sekarang ni lelaki limited edition, tak masuk yg jual mahal, yg choosy, lambat kahwin lah perempuan zaman aku.  memang kena pilih2 suami yang berciri2kan seseorang yg boleh bertanggungjawab daaaaan sebagainya. rupa takyah kira, bukan first on the list. please tingkatkan kualiti diri anda.  lelaki? nak isteri yang elok je. yang solehah. perempuan, taknak lelaki yg elok perangai? tak adil dowh perempuan je yg nak kena berkualiti.. sepatutnya, lelaki makin tambah umur, makin berkualiti pemikiran, dan segalanya. ini nak harapkan perempuan, baru nak berubah. eeee tolonglah. wake up. dah terbalik apa. sepatutnya lelaki yang suruh perempuan berubah. susah nak tengok sekarang ni, lelaki yg betul2 berkualiti. yang still sedar diri, sedar apa tujuan dia hidup. bukan nak enjoy sepanjang masa.
so, sedar2kan lah diri. 


(bukan  bajet bagus, berlagak pandai or membebel, aku just tulis apa aku fikir yg aku rasa nak sampaikan kat kaum lelaki, nak kutuk aku, ada aku kesah?)
PEACE assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment