November 09, 2011

Nah cerita pasal Salwa. jangan tanya lagi.

yes,
4 November 1993.
Siti Norsalwa bt. Azmi dilahirkan pramatang, tepat 9.25 malam di Klang, Selangor. kenapa Klang? entah emergency. due date doktor kira lagi sebulan lebih. tapi aku lahir bulan ketujuh steng. tak cukup bulan. tengah hujan ribut petir. tak nak tanya berat? alaa, tanyaa la tanyaa la. haa. ni memang tak tipu punya. ada rekod kat surat beranak tu.  1.95 kg. punyaaaa lah kecik. skali, bila umur bertambah amik kau. heeee ;)


kenapa nama aku macam tu? Siti Norsalwa bt Azmi.
Siti, basically memang nama anak sulung perempuan yg mesti letak, utk sebelah keluarga abah aku.
Atuk sebelah abah (Nor @ Noahand nenek sebelah mak ( Salwa ) meninggal dunia pada tahun 1992 &1993 , so abah nak letak nama nor and salwa untuk nama anak sulung dia. sebenarnya mak ada nama lain nak letak. Nama tu start dgn huruf Az sbb nama mak (Aziah) dengan abah (Azmi)  start dgn huruf Az. hehehehe tapi abah didahulukan kehendaknya sebab lelaki lebih berhak nak namakan anaknya, kan? (hehe, aku tak sure fakta ni).so, aku pun didaftarkan dgn nama ni. Alhamdulillah, aku bersyukur, walaupun tak pernah bersua muka dengan arwah atuk Nor and arwah nenek Salwa, biarlah kenangan dalam nama aku, pun dah cukup :)


and, sejurus selepas dilahirkan, aku pun diletakkan dlm incubator kat ICU. pastu kena demam kuning duduk bawah lampu biru tu.  haa macam ni kot time dalam incubator tu ;)




sebenarnya, aku tak kisah pun benda birthday2 ni. tak sambut dengan kawan2 pun. tapi rasa best gak la kalau orang2 tersayang contohnya, member2, wish birthday kan.  weeee~ rasa ada la jugak orang ingat kat aku. itu dah cukup happy ;)
hadiah? tak heran. aku tak rasa hadiah tu perlu pun, apesal nak kena bagi hadiah? siapa yg start budaya kalau birthday seseorang je kena bagi hadiah? siapaaa? hadiah tu pemberian ikhlas. nak bagi ikut hati. kalau suka, and rasa nak bagi, bagiiiii lah pada orabg yg korang nak bagi tu. tapi setakat nak membodek ke, nak mengurat ke, nak dapat pujian ke, nak perhatian ke, tak payaaaaah laaaaaaa.  jangan buang masa buang duit and tenaga.  hehe opppsss, membebel plak. actually, ikut suka korang la kan nak buat apa dengan duit korang. hehe. paling penting, niat tu kena ikhlas. even parents aku pun, tak amalkan bagi2 hadiah ni. So don't expect me to give you presents on your birthday... but if I do, you are lucky. :D

hari2 birthday aku takda yang special, yeah korang yang mendengar mesti kata pathetic or lame. ada aku kesah? janji aku suka. takda orang kacau hidup aku, hari aku tenang and happy, haaaa bahagia lah aku pada hari tu. :)



aku ni perangai pelik sikit.
cara makan pun pelik, dah lah kidal (left-handed) , pastu apa yg selalunya perempuan suka, aku tak suka (except for chocolates and roses). lelaki kalau spend duit dia kat aku, memang aku rasa nak terajang muka dia. serious. menyampah betul. pehal nak spend duit untuk aku? bukannya suami ke atau abah aku. dah kahwin baru boleh spend utk aku. utk bf, no no no.

aku suka sports aku memang tengok sukan. olympic ke sea games ke, EPL ke, aku tengok. tak kira ah apa pun. paling aku suka, swimming. memang jantung hati aku. tapi disebabkan ada masalah kat telinga smpai nak kena bedah time kecik2 dulu, serik lah gak tahan sakit dia. dok keluar masuk hospital je. Doktor Sony kat SMC tu kata, bukan kekal la sakit tu. kalau aku tak swimming, so tak sakit. tapi kalau naaaak sangaaat swimming tu, haaa kau tanggung la sendiri salwa.
lepas tu, aku suka bola, futsal ke. haaa aku suka, aku suka main futsal. kalau kat rumah tengok bola tu, aku join skali abah dengan adik laki aku tu. Pergi stadium tengok Selangor lawan pun dari umur 4 tahun. tak caye? nak gambar? ;)

lagiiiiii, aku memang sukaaaaa sangat masak. kalau boleh time dah kahwin nanti, aku nak dapur yg cantik gilerrr. aku nak melepak kat dapur, memasak. baking pun okay, tapi tak mencabar lah. basic dia sama je. gourmet yg susah. yg susah tu lah aku suka :D

APA YANG PELIKNYA?
banyak lah jugak yang tak boleh nak list.

+++ aku makan memang lambat. kat mana2 je mesti jadi orang last yg habiskan makanan. bukannya tergedik gedik ke apa. aku pun tak tahu lah, aku dah habis laju dah menguyah tu.

+++aku tak suka main sukan yg ramai orang suka mcm badminton or netball. tak reti main? aku dah puas dengan badminton and netball time skolah rendah dulu... ishhhh sorry to say, aku tak suka sebab.. membosankan, and ramai orang main. aku suka sukan macam tennis, hockey etc. swimming paling aku suka la. ;)

+++ aku pergi tidur mana2, vacation ke, gi balik kampung ke, kat hostel ke, mesti bawak teddy aku. true story.

+++ aku tak suka gi facial. harapan ah nak suruh pegi. so aku akan jaga pemakanan, mesti makan ulam and sayur banyak2.  and, aku tak suka make up.  rasa macam euwwww kat atas muka aku. serious. rasa macam ada tepung atas muka. perghhh menyampah. aku pakai betul2 kalau ada event yg betul2 penting. aku pakai pun, eyeliner. and lip balm/gloss. yg tu dibenarkan.

+++ time aku tidur, harus mata aku ditutup dengan something. sangat penting , kalau tak, tak boleh tidur.



+++ aku suka makanan pahit yg orang tak makan. makanan lain pun suka gak.

+++ kalau aku makan, mesti ada rasa pedas. and banyak kuah. and banyaaak sayur, pastu aku susun lauk2 tu ikut tempat2 dia. ish macam2 songeh aku time makan.

+++ aku ada migraine so harapan ah aku nak minum kopi. minum satu sudu kecik just nak rasa, pun tak boleh tidur semalam.


dan banyaaaak lagi.








adik aku kata, aku ni lembab. orang cakap belit sikit, orang cakap  double meaning, aku tak paham. ituuuu kata adik aku lah. TAPI SEBENARNYA, aku paham, just saja  buat tak paham. aku ni, malas nak ambik kisah. lantak situ. aku tak suka banyak bunyik. orang bunyik sikit je, aku buat tak tahu. sebab tu aku dok diam2 jeee. malas nak ambik tau. bercakap apa yg perlu je. sekali sekala laa merepek merepek tuu. merepek pun perlu gak kadang2 nak lepaskan stress and merapatkan hubungan dengan member. hehe


dah lah tak larat nak type dah. bye

No comments:

Post a Comment