May 09, 2011

blogging? what's the point?

blogging? apa faedahnya? dude seriously, make your own and you'll know why.
to be honest, I own this blog pun pasal my nova friends semua ada blog, so curiousity takes part. memang aku pun nak sama kan. yeah, blogging ialah cara terbaru untuk meluahkan rasa, menyuarakan pendapat, berkata-kata(monolog), bercerita, memories, story of the day, highlight of the week, rather than having a diary yang dikunci kunci, pastu hilang nanti, ataupun orang curi sebab nak sangat baca? tak pasal? hanya diri sendiri boleh dipercayai. baik blogging.

sebenarnya, blog ni tempat aku meluahkan kata2 yang tak perlu ada dalam kepala, dalam hati yang dipendam-pendam, terperap lama-lama. baik aku luahkan kat sini. selamat. kalau cakap kat orang, yeah orang pun ada masalah, why should i tell them, walaupun mereka itu sangatlah dipercayai dan amatlah disayangi oleh aku, walaupun mereka sahabat dunia akhirat, i'll keep to myself from now on. dulu selalu aku share bersama rakan2 yang dipercayai tentang masalah dan event2 yang berlaku dalam hidup aku. susah senang dah ku tempuh bersama mereka, akan ku ingat jasa kau orang yang banyak back up, mengurangkan beban di kepala aku. so apa yang membuatkan aku mencurahkan luahan rasa kat blog? sejak bila? kenapa tiba-tiba?


" ada satu peristiwa berlaku yang telah merubah segala persepsi positif aku.. kawan aku yang selalu aku kongsi masalah tu, nampak je cool gila, rupanya ada masalah sendiri yang semua orang tak tahu. aku rasa aku nie kawan yang useless. terasa sangat dia buat macam tu. memang tak salah dia nak simpan sendiri sebab memang hak dia pun, tapi bila kita selalu kongsi masalah dengan dia, dia dengar, dia dah lah dengar masalah aku, then aku tak tahu pulak dia ada masalah besar juga. memang aku rasa useless tak terkata and rasa selfish. macam terasa diri sendiri seorang kawan yang takda function. tahu tak aku menangis kau buat macam tu? terasa gila tahu tak. heh. FRIENDS DO SHARE THINGS TOGETHER. THAT'S WHAT FRIENDS ARE FOR. kadang2 rasa macam dia tak percaya aku pula. haih "




sejak-menjak peristiwa tu berlaku, aku takkan kongsi masalah dengan orang lain dah. termasuk kawan2 aku yang dipercayai kredibilitinya. KERANA, ini masalah aku, nak nangis tonggang tonggek ke, keluar airmata darah ke, bengkak mata lebam-lebam ke, biarlah aku yang melaluinya. aku takkan susahkan kawan lagi, walaupun dia orang kata tak menyusahkan pun. walaupun dia orang paksa untuk cakap/share pun, walaupun dia orang kata sanggup redah apa jua situasi bersama, still, no consideration, my decision is final. cukup dengan penderitaan kau orang masing-masing.. nak share dengan aku, dipersilakan, i'll be your crying shoulder. aku taknak share dah sebab ada satu soalan dah timbul dalam kepala yang aku selalu terfikir dikala duduk sorang-sorang,

"
mesti dia orang fikir aku nie mengada-ngada. fikir aku nie lemah. ada masalah sikit, jiwa mesti jadi rapuh. tak reti selesaikan sendiri. cepat putus asa. cepat mengalah. tak reti fikir cara nak selesaikan. mesti nak mintak tolong orang. selfish, fikir diri sendiri, tak tahu pulak orang lain pun ada masalah sendiri. kan kan kan? betul kan?
"

paling selamat. simpan sendiri. memaaaaaaaaang sakit tak terkata jiwa, but i'll just keep my head high and have a little faith. believe in myself that I can do it. Of course, not to forget those people who inspire me.

1 comment:

  1. haha. sangatlah kena dengan pendapat aku. kita sekepala rockaakkaak!

    ReplyDelete